Kerjaya kelab Krzysztof_Piątek

Kerjaya awal

Piątek memulakan kariernya bersama kelab tempatan, Dziewiątka Dzierżoniów pada tahun 2006. Seterusnya, beliau berpindah ke kelab Lechia Dzierżoniów yang beraksi di III liga pada tahun 2011.[1]

Zagłębie Lubin

Piątek berpindah ke Zagłębie Lubin pada tahun 2013 dan mulanya, beliau beraksi untuk pasukan remaja dan pasukan simpanan kelab. Setelah ketibaan Piotr Stokowiec sebagai ketua jurulatih yang baru, beliau telah dibawa masuk ke dalam skuad utama dan diberi peluang untuk melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan Ekstraklasa pada 18 Mei 2014 ketika menentang Cracovia.[2] Pada musim seterusya, beliau menjadi penyerang utama kelab Zagłębie yang beraksi di I liga, iaitu divisyen bola sepak kedua di Poland. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 12 September 2014 dalam perlawanan menentang Chrobry Głogów. Setelah pasukannya layak ke divisyen pertama, Piątek menjaringkan gol pertamanya di divisyen tersebut pada 14 Ogos 2015 ketika membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Lech Poznań. Pasukannya berjaya menghuni tangga ketiga liga sekali gus memperoleh pingat dan kelayakan ke kejohanan Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab sejak 2006–07.

Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi sebanyak 85 perlawanan untuk Zagłębie dan menjaringkan 18 gol termasuk aksi dalam kejohanan Piala Poland dan pusingan kelayakan Liga Europa.

Cracovia

Pada tahun 2016, Piątek berpindah ke kelab Cracovia. Selama dua musim, beliau menjaringkan 32 gol dalam saingan liga dan melakukan 65 kemunculan untuk kelab.[3] Musim keduanya di kelab itu menyaksikan beliau merupakan penjaring gol ketiga terbanyak dalam musim 2017-18 iaitu dengan jumlah 21 jaringan gol.[4]

Genoa

Pada 8 Jun 2018, Piątek menandantangani kontrak empat tahun bersama kelab Itali, Genoa dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak 4 juta. Beliau telah menjaringkan empat gol dalam perlawanan sulungnya untuk Genoa ketika menentang Lecce dalam perlawanan Coppa Italia.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 26 Ogos dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika menewaskan Empoli 2-1.[6] Pada musim berikutnya, beliau terus menjaringkan gol ketika pasukannya kecundang di tangan Sassuolo dan meledak gol dalam perlawanan menentang Lazio. Beliau menjadi pemain pertama sejak Andriy Shevchenko pada tahun 1999 untuk menjaringkan lima gol di dalam empat perlawanan pertamanya di Serie A.[7]

Pada perlawanan seterusnya, beliau menjaringkan gol ke-10 di dalam semua kejohanan ketika menewaskan Chievo. Pencapaian ini menjadikannya pemain pertama dalam liga-liga utama Eropah untuk mencapai kejayaan tersebut.[8] Pada 30 September, Piątek menjaringkan gol ketika menumpaskan Frosinone 2-1 sekali gus beliau telah menghasilkan lapan gol di dalam enam perlawanan. Prestasi beliau menunjukkan permulaan musim yang sangat baik oleh seorang pendatang baru sejak Karl Aage Hansen semasa musim 1949–50.[9] Pada perlawanan seterusnya, beliau menjadi pemain pertama sejak Gabriel Batistuta pada musim 1994–95 yang telah menjaringkan gol di dalam setiap tujuh perlawanan pertamanya di Serie A apabila beliau meledak gol ketika menentang Parma.[10]

Milan

Pada 23 Januari 2019, Milan mengesahkan bahawa Piątek telah menandantangani kontrak sehingga 30 Jun 2023[11] dengan kos perpindahan yang dilaporkan sebanyak €35 juta.[12] Pembelian Piątek sebagai pengganti ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Higuaín yang telah menyertai Chelsea[13] dan beliau telah diberi jersi bernombor 19.[14]

Piątek melakukan penampilan sulungnya untuk Milan pada 26 Januari dalam perlawanan seri tanpa jaringan menentang Napoli dengan menggantikan Patrick Cutrone pada minit ke-71.[15] Tiga hari kemudian semasa menentang pasukan lawan yang sama di San Siro, beliau menjaringkan kedua-dua gol Milan dalam perlawanan Coppa Italia tersebut dan diberi tepukan gemuruh oleh peminat apabila beliau digantikan oleh Cutrone.[16] Beliau telah diundi sebagai Pemain Paling Berharga oleh peminat-peminat.[17] Pada 3 Februari 2019, Piątek menjaringkan gol pertamanya untuk Milan di Serie A ketika menentang Roma.[18] Beliau seterusnya menjaringkan tiga gol di dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu semasa menentang Cagliari Calcio dan Atalanta (2 gol) sekali gus menjadikannya pemain terpantas untuk menjaringkan enam gol di dalam semua kejohanan dan mengambil alih tempat legenda kelab, Nils Liedholm.[19] Beliau turut menjadi pemain Milan pertama untuk menjaringkan gol di dalam tiga kemunculan pertamanya di Serie A sejak Mario Balotelli pada tahun 2013.[20]

Bagi menghadapi musim 2019-20, Piątek menukar nombor jersinya kepada nombor 9.[21]

Rujukan

WikiPedia: Krzysztof_Piątek http://www.goal.com/en-ng/news/new-lewandowski-pia... http://www.goal.com/en/news/barcelona-target-piate... http://www.national-football-teams.com/player/7200... http://www.soccerway.com/players/342295/ http://www.soccerway.com/players/krzysztof-pitek/3... http://www.squawka.com/en/news/krzysztof-piateks-p... http://www.90minut.pl/kariera.php?id=23491 http://www.90minut.pl/mecz.php?id_mecz=1048430 http://www.90minut.pl/news/232/news2328103-Krzyszt... https://www.acmilan.com/en/news/media/2019-01-23/o...